Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Azmin simpan rapat penderma projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan

Azmin simpan rapat penderma projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan

Sejak dahulu lagi pembangkang tidak pernah mempunyai idea tersendiri. Keikhlasan mereka dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat juga amatlah diragui. Malahan mereka terlalu kerap membuat keputusan yang merugikan rakyat walaupun baru sahaja memerintah beberapa buah negeri.

Isu kos naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang mencecah RM9.8 juta telah dipertikaikan oleh ramai pihak terutamanya rakyat Selangor. Tiba-tiba Adun Taman Medan Haniza Talha mengeluarkan kenyataan bahawa kos tersebut ditanggung oleh penderma, dan Kerajaan Negeri sekadar mendahulukan pembayaran untuk memulakan projek itu.

Kononnya pendahuluan itu akan dibayar semula oleh para penderma yang nama mereka akan diukirkan di pintu gerbang itu nanti. Menurutnya, projek naiktaraf mercu lama itu adalah wajar memandangkan nilai simbolik sejarah Istana pintu gerbang itu, maka ia tidak seharusnya menjadi pertikaian.

azmin + pintu gerbang

Benarkah wujud penderma untuk pintu gerbang Kota Darul Ehsan atau ianya sengaja diada-adakan? Sementara itu Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin pula mendakwa alasan yang diberikan Azmin dan kepimpinan beliau itu menyerupai sikap pimpinan Barisan Nasional.Kononnya kepimpinan Azmin seperti perangai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila menggunakan alasan derma bagi menutup penyelewengan yang berlaku.

Ini merupakan tuduhan yang jahat terhadap Perdana Menteri kita. Untuk makluman derma RM2.6 bilion yang diterima oleh perdana menteri sebagai pemegang amanah tersebut memang wujud. Malahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengesahkan perkara ini dan SPRM juga telah bertemu sendiri dengan penderma tersebut. Oleh itu tidak timbul langsung isu penyelewengan derma RM2.6bilion tersebut.

Berlainan pula dengan isu penderma pintu gerbang Kota Darul Ehsan ini. Secara tiba-tiba wujud penderma setelah Azmin Ali diasak berkenaan pembaziran melampau yang membabitkan wang rakyat. Kenapa perlu kerajaan negeri mendahulukan pembayaran untuk memulakan projek tersebut sekiranya memang benar-benar wujud penderma? Tambahan pula pintu gerbang bukanlah keperluan yang cukup terdesak sehingga kerajaan negeri terpaksa dahulukan wang untuk memulakan projek.

Segala alasan yang diberikan oleh kerajaan Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali langsung tidak masuk akal.Selain daripada itu juga, menurut beberapa sumber, kos pintu gerbang tersebut dapat dilaksanakan dengan hanya RM 3juta lebih sahaja. Jika benar dakwaan ini, maka ianya bermakna ada seseorang yang telah mengambil “untung atas angin” dengan berlipat kali ganda.

Sebelum ini Azmin Ali gagal menangani isu denggi, sampah, banjir dan infrastruktur Selangor. Namun kegagalan Azmin menyelesaikan isu pintu gerbang Kota Darul Ehsan dengan berhemah ini memang cukup memalukan. Azmin Ali sememangnya benar-benar gagal.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *