A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / PRK Sungai Besar / PRK SG BESAR / Azmin seru Sungai Besar tolak ‘calon GST’

Azmin seru Sungai Besar tolak ‘calon GST’

Azmin turun ke Sungai Besar menghasut pengundi disini agar menolak calon (GST) Barisan Nasional. Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, Selangor, hari ini.

“Dua minggu lagi ramai akan berkampung di Sungai Besar. Orang yang laksanakan GST pun akan turun ke Sungai Besar sebab nak minta bantuan orang Sungai Besar.

“Jangan bantu orang yang meluluskan GST kerana membebankan rakyat,” tegas anggota Parlimen Gombak itu.

Ini satu pernyataan retorik dari seorang Menteri Besar untuk membeli undi. Kenyataan yang jelas adalah jika benar beliau seorang yang benar-benar menjaga rakyatnya kenapa tidak diserap sahaja GST yang dikenakan di jabatan kerajaan Selangor!

Beliau juga tidak ketinggalan menabur persepsi buruk terhadap jentera Barisan Nasional yang akan berkampung disini.

Kata Azmin, kehadiran jentera kerajaan pimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya akan menabur janji.

“Mereka akan turun dengan pelbagai janji. Mereka akan turun dengan pelbagai sogokan.

“Tapi saya dan pimpinan turun dengan rekod dan prestasi,”

Kasihan pulak bila baca para terakhir, masuk bakul angkat sendiri. Cermin dahulu diri sendiri wahai Azmin berapa banyak duit rakyat yang telah dibazirkan bila membuat baik pulih pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Begitu juga dengan kubah masjid negeri. Apa dah jadi dengan DEIG?

About RJ

Check Also

Bantuan Khas RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah bermula hari ini – Najib #scs93 #prksgbesar

10 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *