Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / Azmin jangan lepas tangan isu beg plastik

Azmin jangan lepas tangan isu beg plastik

PERTEMBUNGAN di antara keangkuhan Kerajaan PKR Negeri dengan gelombang kemarahan orang ramai ekoran kedegilan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus mengenakan caj 20 sen memasuki episod baharu apabila sudah ada rakyat Selangor bangkit mempersoalkannya.

Isu itu dibangkitkan Timbalan Pengerusi Alumni Belia 4B Kota Raja, Muhd. Ali Zakariah apabila berkata, “Kalau Melaka dan Pulau Pinang tidak mengenakan sebarang caj untuk kempen bebas beg plastik, kenapa Mohamed Azmin begitu bersungguh mahu caj 20 sen ini dibayar rakyat Selangor? Kenapa dalam segala hal berkait isu ini peniaga diutamakan? Benarkah duit hasil caj itu nak digunakan untuk alam sekitar atau sebenarnya dana politik.

“Saya lihat ada agenda halus dalam isu ini sehingga bukan sahaja rintihan dan keluhan rakyat tak dipedulikan tetapi cadangan agar beg kertas juga ditolak mentah-mentah. Bukankah ini sesuatu yang pelik ketika slogan Negeri Berkebajikan dilaung-laungkan.”

Di sudut rakyat Selangor, pas­tinya mereka mempunyai sebab yang munasabah apabila membangkitkan soal agenda halus tersebut setelah mengkaji rentak Mohamed Azmin sejak caj itu dikenakan 1 Januari lalu. Lebih daripada pada itu, mereka sebenarnya berhak kerana 20 sen, walaupun kelihatan kecil di mata Kerajaan Negeri PKR, itu duit rakyat Selangor.

Bahkan, walaupun sudah sebulan caj 20 sen ini dikenakan, yang barangkali jumlah terkumpulnya telah pun mencecah jutaan ringgit, masih tiada sebarang jawapan pasti diberikan ke mana duit itu mahu dibelanjakan? Mohamed Azmin masih kekal dengan formula lepas tangannya setiap kali persoalan mengenai hal itu diajukan kepadanya oleh pemberita.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri PKR kekal dengan pendirian terpulang kepada peniaga untuk membelanjakan hasil kutipan itu bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Jawapan yang bukan sahaja amat tidak meyakinkan malah disifatkan banyak pihak sebagai cubaan untuk menutup perancangan lebih besar daripada diketahui umum.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna ne­geri, Elizabeth Wong, menolak mentah-mentah cadangan orang ramai agar diperkenalkan beg kertas sebagai alternatif kepada beg plastik.

Alasan yang diberikan Elizabeth ketika menolak cadangan tersebut juga agak pelik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu berkata, idea beg kertas bukan pilihan kerana jika diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri, beliau merasakan langkah sedemikian tidak akan membantu mencapai matlamat kempen, iaitu rakyat bawa beg sendiri.

Soalnya, bukankah sejak awal caj 20 sen ini ditetapkan Kerajaan Negeri PKR mendakwa mahu melestarikan alam sekitar? Jika begitu apa sebenarnya niat di sebalik caj 20 sen ini dan apakah tidak wajar untuk rakyat Sela­ngor mempersoalkan perkara itu? Jawapan kepada semua ini ada dalam tangan Mohamed Azmin.

Dalam hal ini, ada eloknya untuk Timbalan Presiden PKR itu mempraktikkan
apa yang diucapkannya dalam perutusan Tahun Baharu Cina yang mana Mohamed Azmin menyebut, kehebatan serta kua­liti pada ayam terletak pada kejujuran, keberanian serta kecekalan fizikal dan moralnya sehingga menjadikan ayam lambang kepada kepemimpinan sesebuah kerajaan.

Mohamed Azmin juga menyebut dalam perutusan sama mengenai soal kepentingan kepemimpinan yang baik untuk menentukan hala tuju rakyat serta masa depan negara tetapi dimanakah nilai semua elemen-elemen positif itu hilang ketika rakyat bangkit menyatakan bantahan, keluhan dan rintihan mereka dalam isu caj 20 sen ini?

Mengapa hanya dua kali sahaja Menteri Besar Selangor itu tampil menjawab isu caj 20 sen dalam tempoh sebulan ini? Selepas dikritik hebat ke­rana mendakwa rakyat Sela­ngor menyambut baik kempen caj 20 sen itu, Mohamed Azmin terus bertindak lepas tangan dengan membiarkan Elizabeth keseorang­an berdepan gelombang kemarahan rakyat.

Kepada Mohamed Azmin jadilah seperti ayam jantan, yang bukan sahaja berani berhadapan dengan apa juga permasalahan membabitkan rakyat tetapi boleh diletakkan harapan untuk ‘menyedarkan’ orang ramai ketika waktu dinihari dan bukan hanya sekadar pandai berkokok jika merasakan isu itu menguntungkan politik peribadinya sahaja.

MOHD. ASRON MUSTAPHA
01 Februari 2017

– utusanonline

About RJ

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *