Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Azmin dimana bila ibu tunggal bakal hilang sumber mata pencarian?

Azmin dimana bila ibu tunggal bakal hilang sumber mata pencarian?

Seorang peniaga berdepan risiko kehilangan mata pencarian setelah hak sewaan premis di Medan Selera Lot 10, Kampung Dato Abu Bakar Baginda di sini ditolak oleh pihak berkuasa tempatan.

Siti Sabariah Noor, 41 yang merupakan ibu tunggal kini berdepan dengan tindakan berkenaan tanpa sebarang alasan yang kukuh diberikan oleh pihak berkenaan.

Menurut beliau, masalah itu timbul sejak setahun lalu apabila beliau membina struktur tambahan di bahagian belakang premis berkenaan untuk dijadikan tempat solat.

picsart_12-16-01-51-27

“Struktur berkenaan dibina bagi memudahkan saya dan pekerja menunaikan solat kerana sebelum ini keadaan surau yang disediakan kotor dan tidak terurus.

“Tetapi, saya telah merobohkan struktur berkenaan selepas mendapat arahan pihak berkenaan, namun walaupun akur dengan arahan itu, saya menerima notis penarikan hak sewaan oleh pihak berkenaan,” katanya.

Malah katanya, walaupun telah hampir empat tahun berniaga di situ, Ahli Majlis yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan berkenaan tidak menyokong permohonannya.

“Saya menerima empat kali notis arahan untuk mengosongkan kedai yang saya sewa dengan kadar RM150 sebulan walaupun telah mengikut arahan untuk merobohkan struktur tambahan yang dibina.

“Saya memohon pihak berkenaan untuk lebih bertimbang rasa dan membenarkan saya meniaga memandangkan ini satu-satunya mata pencarian saya,” ujarnya.

Sabriah berkata, selain untuk menyara hidup, dia juga menanggung pinjaman yang dibuat sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

“Saya juga menanggung pinjaman daripada Tekun Nasional (TEKUN), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan pinjaman Hijrah Selangor.

“Kalau saya tidak dibenarkan berniaga, bagaimana saya nak menanggung hutang yang saya kena bayar secara mingguan sebanyak RM400 seminggu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Sharif ketika ditemui berkata, pihak Ahli Majlis perlu lebih bertimbang rasa dalam membuat keputusan.

picsart_12-16-01-52-35

“Saya amat kecewa dan kesal kerana puan Sabriah telah akur dengan arahan pihak Majlis untuk merobohkan struktur berkenaan tetapi permohonan beliau untuk meneruskan peniagaan di sini ditarik balik.

“Saya difahamkan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) bersama-sama dengan Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPSepang sebenarnya menyokong permohonan puan Sabriah tetapi yang saya kesalkan ialah saranan daripada Ahli Majlis yang menjaga kawasan ini dan Pengerusi JPP Zon Sepang Utara ini yang tidak menyokong permohonan beliau menyebabkan notis penarikan hak sewaan ini dikeluarkan oleh pihak majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa turun padang melawat Sabriah untuk menyelesaikan masalah berkenaan di Medan Selera Lot 10, Kampung Abu Bakar Baginda, di sini, hari ini.

Dalam masa yang sama, Shahrum turut menghubungi Ahli Majlis berkenaan untuk bersemuka bagi menyelesaikan perkara itu, namun Ahli Majlis terbabit bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan.

“Demi rakyat, sepatutnya kita ketepikan soal politik dan soal prinsip, apa yang penting ialah sama-sama memberikan khidmat terbaik untuk kesejahteraan rakyat dan menyelesaikan masalah ini.

“Kita ajak pihak berkenaan untuk sama-sama turun bagi mendengar dari kedua-dua belah pihak tetapi Ahli Majlis berkenaan enggan berbuat demikian,” katanya.

Shahrum berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pembelaan kepada Sabriah.

“Apa yang saya hairan, pihak kerajaan negeri telah meluluskan pinjaman Hijrah yang dibuat oleh Pn Sabriah, tetapi bagaimana pula Pn Sabriah dihalang untuk berniaga dan mencari rezeki di sini.

“Saya akan bersemuka atau menulis surat kepada YDP MPSepang, dan sekiranya ia tidak berjaya saya akan bangkitkan hal ini diperingkat Sidang Dewaan Undangan Negeri (DUN) untuk campur tangan Menteri Besar Selangor,” ujarnya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *