A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Azmin bercakap macam orang berisi tapi hakikatnya hampas…

Azmin bercakap macam orang berisi tapi hakikatnya hampas…

Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang mendakwa negara akan parah sekiranya negeri itu tidak menjadi penyumbang terbesar ekonomi negara.

Jelas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Azmin hanya pandai mendabik dada dengan penjelasan fakta yang tidak tepat.

“Cukup-cukuplah Azmin kalau kata Selangor ini hebat, hebat tara mana? Urus bola pun tak pandai, boleh pulak lari malam. Mengurus sampah pun kelam kabut. Mengurus rumah orang miskin pun tak boleh. Bagaimana nak urus Selangor?

“Dulu masa BN memerintah, Selangor nombor satu dalam KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara. Bila Azmin memerintah carta Selangor sudah jatuh,” kata Noh selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di kementeriannya, Isnin.

Tegas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu, Sarawak kini menerima pelaburan tertinggi di Malaysia, diikuti Selangor dan Johor

Semalam, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan mendakwa ekonomi negara semakin parah sekiranya Selangor tidak berjaya mencatat perolehan 23.6 peratus dalam KDNK negara.

Ahli Parlimen Gombak itu dikatakan membuat kenyataan berdasarkan laporan Malaysian Economy Institute Research yang menyebut Selangor adalah indikator utama Malaysia dalam menyumbang satu perempat daripada KDNK negara menjelang 2020.

Noh menyifatkan Azmin hanya pandai membuat kenyataan popular untuk meraih sokongan rakyat.

“Dia akan umum perkara-perkara yang menyenangkan rakyat tapi hakikatnya tidak seperti yang dilaksanakan. Nak urus duit khairat kematian RM2,500 pun tidak boleh. Jadi kelam kabut.

“Sebab itu BN Selangor buat Ops Tawas. Kita akan buat laporan kepada pihak berkuasa dan siasat supaya bagi tahu kepada rakyat bukan mudah jadi kerajaan. Waktu jadi pembangkang semua tidak kena. Sejarah bila sudah jadi kerajaan kita nak tengok bagaimana dia laksanakan dasar baru,” kata Noh lagi.

Pada minggu lepas, BN negeri itu melancarkan Ops Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bagi mendedahkan penyelewengan menerusi Skim Mesra Usai Emas (SMUE) di bawah pentadbiran Azmin.

Sebelum itu Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor yang diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos membuat beberapa laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan itu.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *