A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Azmin Ali Menteri Besar Yang Tidak Matang – Khalid Ibrahim

Azmin Ali Menteri Besar Yang Tidak Matang – Khalid Ibrahim

KENYATAAN AKHBAR
5 APRIL 2016
MENTERI BESAR TIDAK MATANG DAN PENUH DENDAM

Saya terkejut dan terkilan dengan sikap Dato’ Menteri Besar Selangor ketika sidang Dewan Negeri Selangor petang semalam yang bukan sahaja tidak matang malah berunsur dendam.

Setelah melemparkan tuduhan yang tidak berasas terhadap saya ketika membuat penggulungan minggu lepas, beliau enggan membenarkan saya mengambil peluang dalam Dewan Negeri Selangor untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

Dalam kenyataan beliau di Dewan Negeri, antara lain beliau mendakwa saya telah menawarkan aset lebihan bernilai RM460 juta secara rahsia kepada Puncak Niaga Sdn Bhd hingga menyebabkan nilai pengambilalihan ekuiti melonjak daripada sekitar RM1.5 billion kepada RM2.01 billion.

Oleh kerana saya tidak hadir atas faktor kesihatan pada waktu tersebut, saya terus menyatakan kesediaan untuk membantu SELCAT atau Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan jika mereka mengambil keputusan untuk membuat siasatan kerana rakyat berhak mendapat kebenaran hakiki.

Saya pasti rakyat jelak dengan sikap sebenar Dato’ Menteri Besar yang semakin cenderung membuat kenyataan terpesong dan mengelirukan seperti yang kita lihat di sepanjang sidang Dewan kali ini. Bukan sahaja beliau gagal memberi jawapan munasabah bagi semua isu air dan tanah yang telah saya utarakan, beliau cuba berselindung di sebalik tuduhan palsu dan fitnah jahat di dalam Dewan.

Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah sama sekali membuat sebarang tawaran rahsia. Tatacara pengambilalihan SYABAS dan Puncak Niaga hanya melibatkan aset air SYABAS manakala aset lain dipulangkan kepada Puncak Niaga Sdn Bhd.

Pendekatan ini dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan kerana sebelum 2007, Kerajaan Negeri telah pun memberi kebenaran kepada Puncak Niaga dan SYABAS meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing yang tidak melibatkan industri perkhidmatan air. Justeru, Kerajaan Persekutuan bersetuju agar PAAB menyalurkan RM2 billion kepada Selangor bagi menanggung bayaran pampasan ekuiti kepada keempat-empat syarikat air.

Dalam hal ini, saya sebenarnya agak curiga dengan semua kenyataan dan tindak-tanduk beliau yang dilihat menjurus kepada cubaan mencari justifikasi untuk membayar pampasan lebih tinggi kepada SPLASH – satu-satunya syarikat konsesi yang masih berdegil untuk diambilalih oleh Kerajaan Negeri.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa proses penstrukturan semula industri air Selangor perlu diselesaikan dengan segera pada harga keseluruhan tidak boleh melebihi RM9.65 billion kerana jika tidak, kegagalan tersebut akhirnya bakal membebankan rakyat.

TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
ADUN PELABUHAN KLANG

Tags

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *