A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Azmin Akur Keputusan PH Dalam Keterpaksaan

Azmin Akur Keputusan PH Dalam Keterpaksaan

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya akur akan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mengadakan kerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

Azmin dilihat cuba untuk menjadi orang tengah dalam rundingan dengan Pas, setelah PH melantik beliau menjadi Ketua Pengarah Pilihan Raya PH, beberapa minggu lalu.

“Yang penting keputusan ini kita terima dan kita laksanakan.

“Fokus kita sekarang adalah untuk membina jentera di PRU-14 selaras keputusan Majlis Presiden PH,” katanya malam tadi.

Sebelum ini, Azmin mengeluarkan kenyataan bahawa rundingan pembahagian kerusi dengan Pas bukan inisiatif beliau sendiri, sebaliknya ia keputusan parti.

Ia bagaimanapun dinafikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dengan menyatakan parti pimpinan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu pernah membuat keputusan itu, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen PH.

Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau akan bercakap dengan pimpinan PAS, Azmin berkata beliau mempunyai hak untuk untuk berbuat demikian dengan sesiapa sahaja.

“Malam Selasa, saya bercakap dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kelmarin saya cakap dengan perdana menteri,” kata Ahli Parlimen Gombak itu malam tadi selepas sambutan hari kemerdekaan negeri Selangor

Selasa lalu, PKR, Parti Amanah Negara (PAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP bersepakat memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas dalam PRU14 kelak.

Selain itu, PH juga mengumumkan kesediaan untuk menghadapi sebarang pertandingan tiga penjuru, jika berlaku pada PRU14 nanti.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *