A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / APAKAH ANCAMAN DALAM NEGARA YANG SEDANG MELANDA KITA

APAKAH ANCAMAN DALAM NEGARA YANG SEDANG MELANDA KITA

Keamanan yang kita kecapi sekarang hendaknya tidak diambil lewa oleh rakyat terutama generasi muda.
Terlalu mudah untuk mereka mengadakan PERSEPSI yang keamanan ini datang tanpa perlu mengingati jasa dan pengorbanan mereka yang dahulu.

Terdapat kini golongan muda yang dimomokan dengan PERSEPSI bahawa mereka yang berada dalam PARTI KOMINIS MALAYA (PKM) dan yang bersengkokol dengan PKM sebagai wira! Ini perkara yang amat sensitif kepada ORANG MELAYU terutama mereka yang terlibat dalam PERJUANGAN MENENTANG PKM SEHINGGA KE TAHUN 1985.

Hendak dicatatkan terlalu ramai BUNGA BANGSA yang gugur dalam perjuangan itu. Waris-waris mereka wajar dihormati bukan disindir atau perli dengan mengagongkan PKM. Maka itu aku catatkan buat tatapan netezen yang mengikuti fb aku:-

1. DAP adalah parti yang diasaskan dari PAP Singapura, apabila ianya berpisah dengan Malaysia pada tahun 1966. DAP berpegang pada prinsip MALAYSIAN MALAYSIA tanpa mau menghormati PERLEMBAGAAN MALAYSIA, ini pada aku merupakan punca kepada ANCAMAN DALAM NEGARA SEKARANG.

2. Perlakuan tidak menghormati PERLEMBAGAAN juga kini melarat kepada MAJLIS PEGUAM, ini ibarat mencurah minyak kepada api yang sedang menyala. Majlis Peguam yang sepatut berada dilandasan yang neutral sejak lebih 15 tahun telah mempamerkan sikap “PARTIAL” kepada puak pembangkang, sedangkan mereka sewajarnya bersikap “IMPARTIAL”, ini boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu!

3. Terdapatnya “MOLES” dalam perkhidmatan kerajaan seperti PDRM, SPRM, ATM, KASTAM, IMEGRESEN, Majlis tempatan dan hampir semua jabatan kerajaan. Penggunaan media maya, merupakan ancaman dalaman yang perlu ditangani dengan segera …. kejadian menggunakan letterhead jabatan mengeluarkan kenyataan secara sendiri perlu ditangani dan tindakan disiplin perlu dikenakan.

4. KEMUNGKINAN terdapatnya pegawai di jabatan yang mengamalkan RASUAH dan membuat tuduhan kononnya KETUA JABATAN/MENTERI terlibat menggunakan PROKSI tertentu hendaklah ditangani segera. Kalau tidak pasti akan jadi BARAH yang membusuk!

5. Kemunculan ramai USTAZ yang gemar mencampurkan atau menyindirkan POLITIK dalam kuliah di masjid dan surau perlu dipantau. Jangan mudah ustaz-ustaz kononya membacakan Fatwa, jika ianya adalah pendapat peribadi,… Perkara sebegini boleh menjadikan jemaah keliru dan “confuse”.

6. Peniaga juga perlu menjalankan peranan dengan berhemah! dulu bila harga minyak naik cepat-cepat naik harga barang! tapi harga minyak sudah turun sebanyak 3 kali, ..mengapa harga barang tidak diturunkan? ….jangan asyik salahkan kerajaan dengan GST! Kos sara hidup boleh diturunkan jika peniaga memainkan peranan MUAMALAT yang betul … kenaikan harga barang menyebabkan rakyat marah! …bukan salah KERAJAAN …. SIKAP PENIAGA yang buruk dan tamak menyebabkan kenaikkan ini!

6. Bagi para guru agama, fahami maksud JIHAD dengan sebenar dari semua sudut. Baru boleh bercakap tentang hal jihad ….jangan menyebabkan ramai lagi remaja terpengaruh dengan gerakan ISIS dan DAESH! …. ini pastinya akan menimbulkan ancaman keagamaan.

7. Kepada penganut agama lain, terutama KRISTIAN, jangan sesekali memperkecil atau mencampuri hal agama ISLAM yang diterima sebagai AGAMA PERSEKUTUAN …ini boleh menyebabkan perbalahan agama!

8. Dalam bidang PENDIDIKAN, kumpulan DONG ZONG, berhentilah memperkatakan bab pendidikan China di Malaysia… kesabaran orang MELAYU perlu dihormati! Jika berlarutan ditakuti buruk natijahnya.

9. Kemasukan PENDATANG ASING TANPA IZIN perlu ditangani dengan segera, jangan ada lagi orang KAMPUNG NAK JADIKAN PATI SEBAGAI ANAK ANGKAT!

10. Petani hentikanlah memajakan kebun getah kepada pendatang asing, mereka merosakan pokok getah, kamu pulak yang komplain sana sini harga getah turun …getah yang mereka hasilkan banyak TIPU bermacam benda yang dicampurkan dalam cuplum!
Ini semua adalah sebahagian dari perkara yang sedang menjadi “TIME BOMB” dalam negara kita.

Ayuh! bersama kita bersatu menyokong usaha Kerajaan Menangani gejala ini!

#patahsayapakuterbangjua!

– Prof Dr Ibrahim Ashaari

About RJ

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *