A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / Anwar Pencetus Masalah Dalam PKR – Hishamufdin Rais

Anwar Pencetus Masalah Dalam PKR – Hishamufdin Rais

Aktivis reformasi, Hishamuddin Rais dilihat melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pencetus masalah dalaman PKR susulan membuat keputusan tanpa maklumat yang betul.

Pembantu Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menerusi laman Facebooknya hari ini berkata kenyataan berbentuk nasihat itu turut mengandungi pelbagai maksud.

“Semasa Anwar di luar penjara, Hishamuddin kata Anwar suka cakap belit-belit pada orang sehingga menyebabkan PKR huru-hara. Semasa Anwar dalam penjara, Anwar tak dapat maklumat yang tepat untuk buat keputusan yang betul.

“Maksudnya di dalam atau di luar penjara, lebih baik Anwar diam dan buat hal sendiri.

Terdahulu Hishamuddin mengesa Ketua Umum PKR itu menumpukan kepada kegiatan menulis dan berfikir ketika berada di penjara.

Aktivis itu dilaporkan berkata perbezaan pendapat dalam PKR mengenai kerjasama politik dengan PAS berpunca daripada kelemahan Anwar dalam mengurus kepimpinan.

Pada 2 September, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan menggesa ahli parti dan penyokongnya membenarkan pemimpin kanan PKR menangani kerjasama dalam Pakatan Harapan serta rundingan dengan PAS.

Sementara itu, sumber dalaman parti mendedahkan bahawa pemimpin kanan PKR sedang memikirkan usaha untuk mengerakkan parti pada masa depan tanpa kehadiran Anwar.

“Kebanyakan mereka tahu ketua umum mereka sudah terlalu tua untuk memimpin selepas keluar dari penjara kelak,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

Kerajaan Pakatan Selangor Naikkan Cukai Kolam Ternakan Ikan 35,361% dari RM282 Kepada RM100,000

Selepas memperkenalkan cukai jeti dan pancang kini kerajaan pakatan di Selangor melangkah setapak lagi dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *