A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Anwar diarah bayar RM100,000 kepada Anifah selepas rayuan ditolak

Anwar diarah bayar RM100,000 kepada Anifah selepas rayuan ditolak

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuntutan samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, sebaliknya mengarahkan bekas ketua pembangkang itu membayar kos RM100,000.

Panel hakim diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata kes Anwar tidak mempunyai merit.

Panel turut disertai Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Sebelum ini, saman Anwar menuntut RM100 juta daripada Anifah ditolak Mahkamah Tinggi pada tahun lalu, dengan menganugerahkan kos RM20,000 kepada ahli politik Sabah itu.

Ia memutuskan mahkamah tempatan tidak ada kuasa membicarakan perkara yang berlaku di luar Malaysia.

Saman fitnah Anwar berkisar sidang media Anifah di Washington pada 2009.

Anwar menuduh menteri berkenaan cuba menggambarkan beliau seorang yang tidak layak memegang apa-apa jawatan dan ancaman kepada masyarakat Malaysia.

Dalam sidang media itu, Anifah dilaporkan mendakwa pernah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya mendapatkan sokongan wakil rakyat Sabah bagi menjatuhkan kerajaan BN.

Pada 2008, Anwar mengumumkan berjaya meyakinkan majoriti ahli Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak menyokong kerajaan pimpinan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Usaha itu bagaimanapun gagal.

Anwar diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli dan J. Leela, manakala Tan Sri Shafee Abdullah mewakili Anifah.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *