A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Pilihan / ANTARA SEBUAH KERAJAAN BERFANTASI DENGAN SEBUAH KERAJAAN REALITI

ANTARA SEBUAH KERAJAAN BERFANTASI DENGAN SEBUAH KERAJAAN REALITI

Jika orang tanya saya kenapa saya masih menyokong BN hingga kini? Jawapannya ada di bawah.

2. Kerana BN telah berjaya membuktikan keupayaan membina dan membangunkan negara ini serta kemudahan-kemudahan untuk rakyat selepas diambil dari British pada 1957. Dari sebuah negara yang zero ke hero.

3. BN mempunyai perancangan jangka masa panjang yang baik untuk rakyat dan negara. Perkara yg telah dijangka berlaku atau akan dialami 10-20 tahun akan datang, mereka dah rancang bermula hari ini. Bukannya bila masalah timbul baru mereka berfikir dan merancang.

4. Sebagai contoh mudah adalah isu air di Selangor. Sewaktu dibawah pemerintahan BN yg diketuai oleh Dr Mohd Khir Toyo, beliau telah memberi perhatian serius keatas isu air di Selangor. BN telah menjangka krisis air akan berlaku satu hari nanti di Lembah Klang.

5. Maka beberapa perancangan awal telah dibuat seawal tahun 2000. Perancangan dibuat untuk tempoh 20 tahun mendatang sehingga siapnya Loji Langat 2.

6. Antara perancangannya adalah;
I) Membeli air dari Pahang
II) Membina Loji Langat 2
III) Menukar paip-paip lama sepanjanh 24,000 KM.

7. Kerajaan BN ketika itu mengambil kira pelbagai faktor dan menjangka masalah-masalah yang akan timbul di masa hadapan. Maka atas sebab itulah mereka telah membuat perancangan awal agar tidak menyusahkan rakyat dan negara.

I) Bilangan penduduk, rumah, pejabat dan kilang akan bertambah di masa depan. Maka perlu dibeli air dari Pahang untuk menampungnya.
II) Bina loji baru yang lebih canggih, bersesuaian untuk menampung keperluan masa kini dan masa depan.
III) Menukar paip-paip lama untuk mengelak kebocoran dan pecah kerana ianya boleh mengganggu bekalan air kepada pengguna. Jika asyik terputus bekalan air maka kilang-kilang pun boleh cabut lari.

8. Beberapa perkara telah dilakukan oleh Dr Mohd Khir Toyo ketika itu termasuklah kerja-kerja menukar paip fasa pertama sepanjang 6000 km.

9. Bagaimanapun ‘jodoh’ BN tidak kekal di Selangor. Datang pilihan raya umum 2008 bertukar kerajaan. Maka bermulalah politik isu air. Kerajaan PKR tidak mahu meneruskan perancangan yang dibuat oleh kerajaan BN kerana agenda politik mereka.

10. Syabas diarahkan berhenti melakukan kerja-kerja penggantian paip lama dan menahan pembinaan Loji Langat 2. Mahu menangguhkan pembelian air dari Pahang. Berlaku peperangan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri hingga membawa ke sebuah demontrasi di Masjid Negara pada Disember 2010.

11. Dua tahun lebih selepas itu bermulalah krisis air di Selangor. Ianya membawa sampai ke hari ini. Boleh dikatakan secara purata hampir setiap bulan ada saja kes terputus bekalan air. Sejak 3 tahun lalu rumah saya di Shah Alam sudah menyimpan deretan tong-tong air di belakang rumah. Ada tong yang dah reput. Nasib baik saya tinggal di rumah teres. Nasib orang yg tinggal di pangsapuri lagi teruk.

12. Antara alasan yang paling kerap diberikan oleh Syabas setiap kali bekalan air terputus adalah, GANGGUAN BEKALAN TIDAK BERJADUAL. Gangguan seperti ini biasanya terjadi disebabkan paip pecah. Sebab itulah Dr Khir Toyo dulu buat perancangan tukar semua paip-paip lama.

13. Bilamana paip-paip yang pecah itu pula paip utama, maka berhari-harilah rakyat terputus bekalan air. Awal tahun 2016 paip utama di Seksyen 15 pecah, 5 hari kita hadapi gangguan air. Manakala pada 21.02.17, paip utama pecah lagi. Sampai hari ini 24.02.17 kita masih lagi belum mendapat bekalan air yang baik.

14. Untuk memerintah negara atau negeri bukan perkara semudah makan kacang butir. Itulah beza antara sebuah Kerajaan Pondok-Pondok dengan sebuah Kerajaan yang berpaksikan realiti. Jika BN yang masih memerintah Selangor hari ini, atau PKR meneruskan perancangan yang telah dibuat BN, maka tiadalah timbul isu air seperti hari ini. Nak buat bagaimana lagi? Sebab rakyat lebih percaya kepada yang suka jual omongan. Jika di kampung saya dipanggil orang jual ubat.

15. Kerajaan yang realiti, walau pahit atau pedih bagaimanapun satu-satu perkara mereka tetap akan laksanakan untuk kebaikan di masa depan. Sebagaimana kita mendidik anak-anak kita. Walau pahit bagaimanapun satu-satu tindakan yang terpaksa kita lakukan, maka kita terpaksa lakukan demi masa depan anak-anak kita. Biarlah anak-anak kita tidak sukakan kita hari ini dengan mengatakan kita zalim, kita jahat atau sebagainya. Biarlah hari ini kita tidak popular di mata anak-anak kita. Tapi satu hari nanti anak-anak kita akan tahu tahu juga apa sebab kita bertindak begitu dan anak-anak kita akan hargai kita.

16. Satu lagi contoh, seorang cikgu yang tegas, garang dan berdisiplin sudah tentu tidak disukai anak-anak murid. Jam 11 malam pun anak-anak kita masih buat kerja rumah yang diajar cikgu garang itu. Manakala cikgu yang baik, lemah lembut, yang suka bergurau dengan anak-anak murid akan lebih popular di kalangan pelajar. Murid-murid boleh pandang enteng sahaja kepada arahan cikgu itu. Hari keputusan peperiksaan keluar, cikgu yang garang itulah yang akan diterpa oleh anak-anak murid yang berjaya untuk bersalam, dipeluk dan dicium. Cikgu itulah yg akan mengalir air mata. Garangnya sudah tiada.

Oleh Mohd faisal
Sumber : MyKMU

About Keruing Hitam

Check Also

10 Dalil DAP Anti Islam

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Redhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *