A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Annuar Musa Garis Tiga Perkara Bantu UMNO Rampas Selangor

Annuar Musa Garis Tiga Perkara Bantu UMNO Rampas Selangor

10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menggariskan tiga perkara bagi membolehkan badan perhubungan parti negeri merampas semula Selangor daripada pembangkang.

img-20160910-wa0069Beliau berkata tiga perkara berkenaan adalah semua Ketua Bahagian UMNO negeri perlu bermuafakat dan berdiri teguh bersama presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak serta bersolidariti di bawah pimpinan beliau.

tsam-tkgkarang-01“Anggota UMNO juga mesti mengekalkan tradisi bahawa perjuangan UMNO adalah perjuangan mewakili serta melindungi semua kaum,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang di sini, hari ini.

Beliau berkata anggota UMNO perlu ada semangat juang dan mentaliti menang selain berhasrat kembali memerintah Selangor.

Dalam pada itu, Annuar menempelak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sangat bermegah dengan kejayan yang dicapai negeri itu sedangkan, hakikatnya, beliau mewarisi sebuah negeri yang dibangunkan hasil kecekapan pemimpin UMNO terdahulu.

“Selangor itu hebat kerana awak (Mohamed Azmin) ambil Selangor yang (bekas menteri besar) Allahyarham Datuk Harun Idris, Allahyarham Datuk Hormat Rafei, Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar sudah bina untuk kamu…kamu dapat benda yang baik.

“Kalau Azmin betul hebat, saya cadangkan kita tukar sekejap. Menteri Besar Kelantan pergi Selangor, Mohamed Azmin jadi Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Dalam pada itu, Annuar berkata anggota UMNO perlu memastikan persepsi rakyat dibetulkan semula susulan wujudnya anasir negatif daripada golongan tertentu yang cuba menyemai politik kebencian rakyat terhadap UMNO termasuk kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.

“Kempen membenci UMNO sangat intensif dilaksanakan sehingga ada sesetengah pihak menarik rakyat dengan isu-isu tertentu selain cuba melemparkan pelbagai tuduhan terhadap UMNO yang kononnya merupakan parti politik antirakyat,” katanya.

Sementara itu, Annuar meminta semua pimpinan Badan Perhubungan UMNO negeri di seluruh negara mengadakan konvensyen masing-masing pada 15 Sept sehingga sebelum bermulanya Perhimpunan Agung UMNO bagi memantapkan saf jentera parti.

Menurutnya ibu pejabat UMNO akan membantu UMNO negeri dalam menyediakan kandungan dan hala tuju yang mahu dicapai menerusi konvensyen kali ini.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *