A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Anggapan Teresa ucapan Aidilfitri Kor Ming hanya gurauan satu tindakan bodoh

Anggapan Teresa ucapan Aidilfitri Kor Ming hanya gurauan satu tindakan bodoh

10 JULAI : Tindakan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang menganggap perbuatan ahli DAP, Nga Kor Ming memuat naik gambar ucapan hari raya Aidilfitri berlatarbelakang gambar bendera Amerika Syarikat di akaun Facebooknya sebagai satu gurauan adalah tindakan bodoh yang menyokong satu kebodohan yang lain.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata DAP yang sebelum ini terkenal dengan sifat rasis sememangnya tidak sensitif kepada agama lain terutamanya Islam dengan menganggap semua perkara yang menyentuh soal keagamaan sebagai gurauan senda kepada mereka selepas mendapat kecaman.

“Kenyataan tersebut sudahlah satu kenyataaan yang bodoh, biadap dan tidak bertanggungjawab. Disokong pula dengan kenyataan Teresa yang kata ianya gurauan.

“Sepatutnya selaku YB (yang berhormat) mewakili rakyat beliau selayaknya lebih bertanggungjawab menjaga hati rakyat. Nak senang bila orang mengecam tindakan mereka, mereka cakap bergurau. Kalau kita diam sahaja mereka akan jadikan perkara seperti itu adalah satu perkara biasa,” katanya.

Justeru beliau menyarankan pihak berkuasa seperti polis mengambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera kerana perkara itu dikira sebagai cubaan menjejaskan keharmonian negara ini.

“Ini boleh memudaratkan kepada negara kalau polis tidak ambil sebarang tindakan segera ke atas perkara ini. Ini akan dianggap biasa dan akan berulang lagi jika tiada tindakan dibuat. Malah ada yang akan menganggap ianya gurauan,” katanya lagi.

Sementara itu turut menyelar kenyataan yang dikeluarkan Teresa yang dianggap ‘bodoh’ adalah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

“Saya tidak hairan dengan pendirian pemimpin DAP seperti Teresa Kok kerana mereka dah dilatih menjadi sebegitu rupa. Kalau isu yang sama dibuat oleh orang lain sudah tentu mereka akan berbuat apa sahaja termasuk membuat demonstrasi dan sebagainya.

“Tetapi kalau tak terkena batang hidung mereka dengan mudah mereka berkata itu perbuatan sebagai jenaka. DAP sangka mereka boleh perbodohkan rakyat ke? Padahal yang sebenarnya mereka yang bodoh dan tak tahu menghormati serta memahami budaya dan agama bangsa lain,” katanya.

Semalam DAP terus mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Taiping itu berhubung tindakannya memuat naik gambar ucapan hari raya Aidilfitri berlatarbelakang gambar bendera Amerika Syarikat di akaun Facebooknya.

Malah,Teresa Kok dalam kenyataanya pula menyalahkan pihak lain dengan secara jelas berkata rakyat Malaysia sepatutnya perlu berfikiran terbuka dan menganggap ia sebagai satu gurauan sahaja.

“Kita dalam politik ke perniagaan mesti hargai humor (kemanusian). Joke macam ini pun tak boleh sangat boringlah. Kita (pemimpin DAP ada tanya dia ( Kor Ming) dalam ‘chat group’ dia ada terangkan ucapan beliau itu  diputar belit dan salah faham dan ucapan beliau itu tidak merujuk kepada ucapan raya sebaliknya lebih kepada kempen perpaduan kekeluargaan.

“Malah tindakan beliau itu bukan bermaksud dia tidak menghormati (umat Islam), tetapi untuk mendapat penjelasan sebenar kamu boleh meminta penjelasan daripada dia (Kor Ming),” kata Teresa kepada BNBBC.my portal pada Ahad.

Bagaimanapun ucapan berkenaan telahpun dipadam daripada facebook milik Kor Ming.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *