Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Artikel Agama / Ancaman terhadap Islam: Teladani kisah Bani Qainuqa’

Ancaman terhadap Islam: Teladani kisah Bani Qainuqa’

PADA 10 September lepas, satu jenayah kebencian (hate crime) didakwa berlaku di New York melibatkan seorang wanita yang meluahkan sentimen anti- Islam dan membuat serangan lisan dan fizikal  berniat jahat terhadap dua wanita Islam di samping menolak anak mereka yang duduk dalam stroller di jalanan.

sejarah-jilbab-hijab-indonesiaWanita itu cuba untuk menanggalkan hijab dari kepala wanita Islam tersebut semasa kejadian. Wanita tersebut tanpa sensitiviti juga memukul wanita Islam di muka dan badan serta menyerang anak-anak mereka. Syukur kerana mereka tidak mengalami kecederaan fizikal yang serius.

Pada hari yang sama, seorang lelaki cuba membakar wanita Islam semasa berada di hadapan kedai kasut di New York dalam satu lagi insiden jenayah kebencian. Syukur, wanita Islam tersebut juga tidak mengalami kecederaan fizikal yang serius.

Dalam kes yang melibatkan kematian, seorang imam dan rakannya ditembak mati pada siang hari semasa berjalan pulang dari mengerjakan sembahyang di Queens. Beberapa minggu kemudian, seorang wanita yang berpakaian Muslim tradisional ditikam sehingga maut ketika dalam perjalanan pulang bersama suaminya juga di Queens.

Maka, dapat disimpulkan bahawa hak-hak orang Islam di Amerika Syarikat untuk mempraktikkan agama mereka dan hak beragama sedang diancam kerana mereka gusar dan takut akan menjadi mangsa jenayah kebencian atau pun terkorban hanya dengan berpakaian tradisional Muslim atau hanya sebab mereka adalah orang Islam.

Kejadian yang mengerikan dan tindakan penuh ketaksuban serta tidak bermoral ini ironinya berlaku di dalam sebuah negara yang sentiasa menggelar diri mereka sebagai pejuang demokrasi, liberti, hak asasi manusia dan kebebasan beragama menimbulkan tanda tanya kepada kita. Sudah tentu, kejadian-kejadian ini berlaku akibat prokovasi melampau dan sentimen anti-Islam yang dibakar oleh Donald Trump sejak beliau menyertai Pilihan Raya Presiden.

Insiden berulang

Apabila saya membaca laporan berita bahawa wanita tersebut cuba untuk menanggalkan hijab dari kepala wanita Islam tersebut, saya terus terkenangkan satu kisah daripada sirah nabawi berkenaan peperangan menentang Bani Qainuqa’.

Seperti yang kita ketahui – namun ada di antara kita yang tersalah faham – Nabi Muhammad (SAW) telah berjaya mendirikan asas kepada sesebuah negara Islam dengan tertubuhnya negara Islam Madinah.

Asas tersebut berlandaskan suatu perjanjian dikenali sebagai Piagam Madinah yang dipersetujui seluruh masyarakat Madinah untuk taat kepada pemimpin dalam kalangan umat Islam – iaitu Rasulullah SAW sendiri ketika itu – dan peraturan-peraturan yang menguruskan aspek kenegaraan, kemasyarakatan dan individu yang menduduki Madinah.

Islam adalah garis panduan dan peraturan tersebut sama seperti Perlembagaan Persekutuan kita yang begitu indah dirangka satu ketika dahulu dan sehingga kini tetap teguh dipertahankan, terutamanya Perkara 3.

Semasa zaman Nabi Muhammad (SAW), umat Islam terkenal dengan amanah dan kesetiaan mereka menghormati serta memenuhi tuntutan dalam perjanjian yang dimeterai. Mereka menjaga keamanan dan keharmonian antara rakyat berbilang agama dan etnik.

Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada penduduk Madinah yang dengki dan ingkar dengan perjanjian tersebut sehingga menggugat keharmonian yang ingin dipertahankan. Mereka itulah Bani Qainuqa’.

Izinkan saya untuk menceritakan sedikit berkenaan kisah Bani Qainuqa’ seperti yang dinukilkan oleh Syeikh Ramadhan Al-Buti dalam Fiqh Sirah.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita Islam yang bertandang ke pasar Bani Qainuqa’ untuk membeli barang. Beliau berhenti di suatu gerai, di mana pemuda-pemuda Bani Qainuqa’ mengganggu beliau dan menyuruh beliau untuk menanggalkan hijab. Apabila beliau memberontak, pemuda-pemuda Yahudi ini mula menggunakan kekerasan dan disertai seorang Yahudi yang menjual barang di gerai tersebut.

Penjual ini memijak pakaian beliau yang menjejak tanah dan apabila beliau bangkit untuk meninggalkan tempat itu, kainnya terselak dan menampakkan aurat beliau. Suasana menjadi hiruk-pikuk dengan gelak tawa pemuda-pemuda Yahudi di sekitar gerai tersebut.

Insiden inilah yang mendesak Nabi SAW dan orang Islam untuk memerangi Bani Qainuqa’ sehingga kubu mereka dikepung selama 14 hari.

Akhirnya, mereka menyerah diri, diusir keluar dari Madinah dan selamanya tidak dibenarkan menduduki Madinah serta berjiran dengan orang Islam.

Teladan peperangan

Kita telah diberikan amaran melalui ayat-ayat yang menyebut mengenai ketaksuban orang kafir, Yahudi dan Nasrani yang tidak akan berpuas hati selagi Islam itu tertegak dan mereka disuruh untuk akur padanya.

ALLAH SWT berfirman: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah:

“Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah : 120)

Kita juga telah diingatkan bahawa Muslim tidak seharusnya memilih orang kafir sebagai pemimpin, teman atau meminta pertolongan daripada mereka melainkan dengan beberapa pengecualian.

Firman-Nya lagi: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (Al-Maidah : 51-52).

Salah satu pengajaran daripada peperangan menentang Bani Qainuqa’ ini adalah orang kafir akan sentiasa mencemburui Islam dan orang Islam. Mereka juga tidak mahu melihat orang Islam hidup dalam keadaan aman, harmoni, bersatu padu dan penuh dengan kasih sayang dan kebaikan.

Sesungguhnya, hal ini tidak jauh berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh tokoh Yahudi ketika zaman Nabi SAW, Syas bin Qais apabila dia melihat Aus dan Khazraj yang kini telah memeluk Islam duduk bersama dalam majlis ilmu mempelajari Islam, seperti yang dinukilkan dalam Sirah Nabawiyah oleh Syaikh Syafiyyurrahman al-Mubarakfuri. Dia berkata: “Aus dan Khazraj dahulunya bergaduh sesama mereka. Demi Tuhan, aku tidak boleh membiarkan mereka bersatu!”.

Inilah agenda mereka yang utama – untuk menimbulkan kekacauan dan melemahkan barisan umat Islam. Sasaran mereka adalah untuk menundukkan Islam dan menafikan kedudukannya untuk menegakkan syiar dan syariat ALLAH.

mirip situasi kontemporari?

Di satu pihak kita menyaksikan bagaimana keras kepala, taksub dan angkuhnya propaganda anti-Islam disebarkan dan mereka berjaya menanam Islamofobia dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Isu terbaharu adalah berkenaan RUU 355 yang dibentangkan Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. DAP, MCA, Persatuan Hokkien dan Sisters in Islam juga cuba untuk menimbulkan salah faham terhadap pindaan tersebut bahawa ia mahu melaksanakan hudud.

Di satu pihak lagi kita melihat bagaimana ‘baik hati’ dan ‘mulia’ sekumpulan orang Islam yang mempertahankan proksi-proksi anti-Islam ini yang sentiasa berniat menghalang usaha memartabatkan Islam dan institusinya.

Tahun lepas, DAP menunjukkan belangnya apabila berkata bahawa parti cauvinis sosialis itu akan kekal di Selangor untuk mengelakkan Pas daripada menguatkuasakan undang-undang yang melarang penjualan arak.

Dan apakah sebab Pas meninggalkan Pakatan Rakyat? Sungguh, ia adalah kerana mustahil bagi Pas dalam menjayakan agenda Islam jika kekal bersama dengan penentang Islam tegar, DAP.

Dr Mujahid Yusuf Rawa selaku seorang tokoh politik dan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara sebelum ini telah membantu secara tidak langsung proksi-proksi anti-Islam ini apabila beliau mengkritik gesaan Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk menyokong RUU 355 tersebut. Namun umat Islam telah membantah sekerasnya kritikan beliau.

PERTAHANKAN ISLAM!

Jadi, siapakah yang akan pertahankan Islam dan Perlembagaan?

Mereka yang ingin berbuat demikian pula akan digelar sebagai rasis dan ekstremis. Namun sejauh mana pun mereka menjadi ‘rasis’ dan ‘ekstremis’, mereka tidak pernah menerima tindakan melampau menyerang secara lisan mahupun fizikal terhadap orang lain yang berlainan kepercayaan dan mereka sudah tentu tidak menindas penganut agama lain seperti apa yang berlaku di Amerika Syarikat dan seperti mana kekejaman serta keganasan yang dilakukan oleh IS dan Daesh.

Artikel 3 dengan jelas memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Kes mahkamah sebelum ini juga memutuskan Islam itu terletaknya di atas, berdiri di hadapan, dan lebih lantang berbanding agama lain di negara ini. Namun pengiktirafan ini datang dengan tanggungjawab untuk memelihara kesucian dan kedaulatannya.

Sehingga umat Islam di negara ini bersatu, kita tidak akan mampu melindungi atau mengutuk penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama kita dan rakyat Malaysia secara amnya.

About RJ

Check Also

MEMASANG KEPOK DAN MEMBALUT BATU NISAN, HARAM?

Oleh : Saufy Jauhary. Jika anda datang ke Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang, anda akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *