A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Amanah Jangan Bertanding Dikerusi PAS – Tuan Ibrahim

Amanah Jangan Bertanding Dikerusi PAS – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan sejauh mana jaminan Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan konsep satu lawan satu boleh dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang.

Tuan Ibrahim menimbulkan persoalan berkenaan kerana Parti Amanah Negara (PAN) dilihat cuba untuk mengganggu kerusi yang dimiliki oleh Pas.

Maka dengan itu, Tuan Ibrahim berkata, mana mungkin pelaksanaan satu lawan satu boleh digunakan pembangkang kerana adanya PAN dalam PH.

“Masalahnya satu lawan satu isunya adalah masalah dalam Pakatan Harapan di mana Amanah isytihar nak bertanding di kerusi-kerusi Pas.

“Apa jaminan Pakatan Harapan bahawa Amanah tidak bertanding di kerusi Pas?” katanya yang dipetik laporan Antarapos.

Justeru kata Tuan Ibrahim, Pas mengambil pendirian bahawa parti itu bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi sekiranya PAN turut memasuki gelanggang mereka pada PRU-14 kelak.

Pas berkali-kali menegaskan bahawa parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersedia untuk mengadakan rundingan pembahagian kerusi PRU-14 namun tidak dengan PAN dan DAP.

“Puncanya mereka harus selesaikan dalam PH bahawa kerusi-kerusi Pas tidak akan diganggu.

“Jadi saya lihat sekarang ini kesungguhan PH untuk fokus di Kelantan, saya fikir itu dah lari dari fungsi Pakatan Harapan yang nak tumbangkan UMNO-BN,” katanya.

PKR menerusi Presidennya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu tidak menolak kemungkinan kerjasama dengan Pas.

Malah ia turut diperakui oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan rundingan kerjasama antara parti itu dengan Pas tidak melibatkan PH.

Namun perkara itu sukar menjadi kenyataan apabila ada sebilangan pemimpin Pas yang seakan menolak pelawaan PKR untuk berunding.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali umpamannya berkata Pas hanya akan menjalinkan kerjasama dengan parti-parti dalam Gagasan Sejahtera dalam menghadapi PRU-14.

“Tak ada lagi sebarang rundingan kerjasama politik untuk pilihan raya dengan mana-mana pihak kecuali menerusi Gagasan Sejahtera. Termasuk atas nama individu sekalipun selagi ia membawa imej PH,” ujar Khairuddin pada Ahad.

Bagi menyelesaikan permasalahan itu, Tuan Ibrahim menegaskan, pertembungan tiga penjuru boleh dielakkan dengan syarat PAN yang dipimpinan oleh Mat Sabu tidak bertanding di kerusi-kerusi Pas terutamanya di Kelantan.

“Kalau mereka nak tumbangkan UMNO maka mereka harus fokus pada UMNO, tak perlu mereka nak beri perhatian di Kelantan. Ia jelas masalah itu bukan daripada Pas tapi masalah itu datangnya daripada PH,” katanya.

sumber

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *