A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Alumni PTD usulkan hukuman sebat terhadap penjawat awam rasuah.

Alumni PTD usulkan hukuman sebat terhadap penjawat awam rasuah.

Hukuman lebih berat termasuk sebatan perlu dikenakan terhadap pegawai perkhidmatan awam yang didapati terbabit dengan kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.

Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) dalam kenyataan pada Selasa berkata amalan rasuah yang melibatkan jumlah wang yang besar dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam sangat membimbangkan dan merosakkan reputasi perkhidmatan itu serta negara.

Menurut kenyataan itu, pegawai perkhidmatan awam yang telah diamanahkan sepatutnya tidak menyalahgunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk mengkhianati dan melakukan pecah amanah.

“Perlu diambil perhatian bahawa terdapat negara-negara yang menjatuhkan hukuman mati kepada pegawai-pegawai kanan pekhidmatan awam yang didapati bersalah melakukan rasuah, terutamanya yang memegang jawatan kanan,” kata kenyataan itu.

Justeru Alumni PTD meminta pihak berkuasa dalam perkhidmatan awam meningkatkan penerapan etika dan integriti supaya ia menjadi sebahagian daripada budaya penjawat awam.

Share This:

About RJ

Check Also

Janji kerajaan bukan janji kosong : PM

Keupayaan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) melaksanakan projek mega meskipun berdepan cabaran ekonomi adalah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *