A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Ahli UMNO perlu manfaatkan telefon pintar tangkis pembangkang

Ahli UMNO perlu manfaatkan telefon pintar tangkis pembangkang

Semua ahli UMNO diseru menjalankan peranan masing-masing dengan menangkis segala tohmahan pihak pembangkang terhadap kerajaan melalui media sosial.

Saranan itu dinyatakan Ahli Majlis Teringgi parti, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menyifatkan ahli parti boleh menyalurkan maklumat sebenar kepada rakyat mengenai usaha kerajaan demi kemajuan ekonomi negara.

“Banyak orang cerita mengenai ekonomi ini tetapi tidak ramai yang faham mengenainya. Pihak pembangkang sebagai contoh, membuat tuduhan kononnya negara nak bankrap.

“Tetapi ahli parti janganlah pula menyebarkan pula tuduhan pembangkang ini. Saya percaya kita semua ini ada telefon pintar, kita sebarkan maklumat yang benar mengenai kerajaan dan kedudukan ekonomi negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Persidangan Berkelompok Cawangan UMNO Bahagian Shah Alam pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai tuduhan pembangkang itu, Johari yang juga Menteri Kewangan II menegaskan, ekonomi negara pernah berhadapan dengan cabaran getir semasa masa krisis kewangan Asia pada tahun 1997-1998.

“Bagaimanapun, negara tidak juga bankrap ketika itu.

“Hari ini, KDNK sebaliknya meningkat pada kadar 4.2 peratus, bagaimana pula mana negara boleh bankrap sebagaimana yang didakwa pembangkang,” kata Johari.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *