A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Adun Sekinchan Ber”Otak Udang”

Adun Sekinchan Ber”Otak Udang”

Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mendakwa, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim bukan sahaja tidak menggunakan fakta mengenai pembinaan Hospital Tanjong Karang, malah langsung tidak menggunakan otak.

“Wakil rakyat DAP itu lebih layak digelar ‘otak udang’.

“Beberapa tahun lalu Suee Lim pernah memfitnah saya melakukan penyelewengan peruntukan dan apabila disaman, beliau telah menarik balik kenyataan dan membuat permohonan maaf dalam akhbar Kerajaan Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Sidang Dun Selangor semalam, Ng Suee Lim mendakwa pembinaan hospital baharu hendak dimulakan selepas 16 tahun berjanji dan memantau projek itu bagi memastikan janji BN dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.

Menurut Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pada PRU 2004, Dun Permatang masuk dalam Parlimen Tanjong Karang selepas berlaku pecahan kawasan.

“Saya bangkitkan dalam Kabinet supaya Hospital Kuala Selangor dibina segera dan ditukar nama kepada Hospital Tanjong Karang kerana kedudukan hospital tersebut di Dun Permatang dalam Parlimen Tanjong Karang pada 2008.

“Malahan pada bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM250 juta tetapi kos bertambah kepada RM269 juta disebabkan struktur tanah dan ini menjadi punca kelewatan pembinaannya” kata Noh lagi.

Katanya lagi, Suee Lim disarankan belajar sejarah terlebih dahulu sebelum menuduh kerajaan gagal membina Hospital Tanjong Karang selepas 16 tahun berjanji.

Ujarnya, Suee Lim juga melakukan pembohongan di sidang Dun Selangor kerana BN tidak pernah menggunakan isu tersebut pada kempen Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.

“Hanya selepas Pilihan raya Umum 2008, selepas menjadi menteri penuh saya membangkitkan isu agar dibina sebuah hospital baharu di Tanjong Karang bagi memudahkan rakyat di kawasan ini mendapatkan kemudahan rawatan yang terbaik.

“Pada kempen PRU 2004 dan 2008 langsung tidak sebut mengenai pembinaan hospital baharu di Tanjung Karang, jadi bagaimana Suee Lim boleh menuduh kerajaan BN gagal menunaikan janji selepas 16 tahun berjanji,” katanya.

Tegasnya lagi, Suee Lim tidak perlu berbohong dalam Sidang Dun dan tidak perlu menjadi hero kononnya berjuang untuk mendapatkan hospital baharu di Tanjong Karang kerana kerajaan BN lebih tahu tanggungjawab kepada rakyat.

“Apa yang dilakukan di Sidang Dun itu tidak lebih daripada hendak mendapatkan publisiti murahan.

“Belajarlah bercakap benar dan tidak perlu berbohong untuk menjadi hero,” katanya.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *