A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Uncategorized / ADUN Hulu Bernam desak penyebar fitnah mohon maaf

ADUN Hulu Bernam desak penyebar fitnah mohon maaf

ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar mendesak penyebar fitnah terhadapnya memohon maaf secara terbuka atau beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia berikutan fitnah yang dilemparkan mengenai pengagihan rumah mampu milik Projek Perumahan PPR Taman Danau melalui aplikasi whatsapp dan Facebook.

Ini kerana jelas Rosni, tindakan tersebut adalah bertujuan bagi membersihkan nama beliau kembali dan menjelaskan kedudukan sebagai wakil rakyat kepada penduduk-penduduk di Hulu Bernam.

Katanya kepentingan rakyat adalah keutamaan dan Rosni tidak akan benarkan kredibiliti beliau tidak tercalar dek fitnah murahan tersebut.

“Saya menegaskan bahawa semua yang didakwa di dalam mesej tersebut adalah tidak benar dan semata-mata fitnah ke atas diri saya sebagai ADUN di kawasan berkenaan.

“Projek Barisan Nasional yang sememangnya dinanti-nantikan rakyat di Hulu Bernam terutama penduduk Kg Hassan ini, pastinya memberikan tekanan kepada pihak Pakatan Harapan dan kini jelas mereka goyah serta cuba untuk mengelirukan rakyat dengan menyebarkan mesej fitnah ini ke atas saya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Projek tersebut jelas Rosni adalah di bawah kendalian Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pemindahan penduduk Kampung Hassan di mana Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci kepada sebahagian penerima pada 9 Mac lalu.

Katanya lagi, projek Perumahan PPR Taman Danau itu diuruskan secara keseluruhan oleh pihak KPKT dan permohonan bagi rumah mampu milik ini dilakukan mengikut prosedur dan peraturan yang lengkap melalui Pejabat Daerah atau Tanah Hulu Selangor.

“Saya menjelaskan bahawa saya sama sekali tidak terbabit di dalam pembuat keputusan dan tidak menganggotai Jawatankuasa Pemilih dalam menentukan kelulusan permohonan bagi rumah mampu milik ini.

“Senarai pemohon yang diluluskan dan layak menerima rumah ini telah dipamerkan di Pejabat Daerah atau Tanah Hulu Selangor dan dakwaan bahawa saya menyembunyikan status 40 buah rumah ternyata hanya fitnah dan dakwaan palsu semata-mata,” tegasnya lagi.

Tambah beliau, pemilihan rakyat dalam memiliki rumah bukan berdasarkan latar belakang politik dan ia merupakan janji BN terhadap rakyat.

About Keruing Hitam

Check Also

NGO Cina Sindir Guan Eng Hingga Merah Padam Di Khalayak Ramai

Majlis Klan Cina Pulau Pinang 1.    Majlis Klan Cina Pulau Pinang adalah NGO gabungan lebih …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *