Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Aduan dipandang sepi, inilah nasib rakyat negeri berkebajikan

Aduan dipandang sepi, inilah nasib rakyat negeri berkebajikan

Banjir batu 5 kapar

KLANG – Kejadian ban pecah di Sungai Keramat, Batu 5, Jalan Kapar di sini, berikutan fenomena air pasang besar semalam dapat dielakkan sekiranya aduan penduduk diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Halim Bahar, 38, berkata beliau telah membuat beberapa aduan kepada ketua kampung serta di Pusat Khidmat Rakyat Sementa sejak fenomena sama berlaku bulan lepas, apabila mengesan beberapa lubang hakisan pada ban tersebut.

Bagaimanapun katanya, tiada tindakan segera diambil sepanjang tempoh tersebut sehinggalah kira-kira dua minggu sebelum berlaku gelombang kedua fenomena itu semalam.

“Memang pihak berwajib ada membuat pembaikan ban selepas ban di Kampung Tok Muda di sini pecah tapi sudah terlalu lewat dan tak sempat ban itu nak kukuh untuk tampung gelombang kedua ini.

“Saya buat aduan sebab rumah saya memang terlalu dekat dengan ban dan ketika itu lubang hakisan masih kecil. Sepatutnya lebih mudah ditambah baik di peringkat awal malah kos juga mungkin masih rendah berbanding sekarang yang pecah teruk,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd Shahrizan Mohd Ali, 35, berkata pihak berwajib khususnya kerajaan negeri tidak sepatutnya sambil lewa dalam melayan aduan rakyat kerana perkara berkenaan melibatkan nyawa.

Beliau berkata, kelewatan mengambil tindakan ditambah dengan kerja-kerja pembaikan yang dibuat ala kadar hanya mencerminkan nasib rakyat sebenarnya tidak diambil peduli.

“Malam tadi ada agensi datang nak tambah baik ban pecah tapi memang kita dah tahu, apa sangat yang mereka boleh buat sebab air sedang naik.

“Sepatutnya kerja-kerja ini dibuat lebih awal, jangan ambil mudah aduan kami sebab ban berlubang ini perkara penting yang mesti diselesaikan, tambahan pula penduduk di sini ramai,” katanya.

Rozita Bahar, 47, pula berkata, paras kenaikan air kira-kira 3.30 pagi tadi adalah lebih tinggi daripada semalam dan mula memasuki rumahnya yang terletak hanya 20 meter dari pesisir sungai pada 5.20 pagi.

“Pagi ini saya tengok air dah naik paras tingkap rumah…dalam dua kaki lebih. Nasib baik saya dah pindah ke pusat pemindahan mangsa banjir malam tadi. Memang tak boleh buat apa sebab tak boleh masuk langsung ke kawasan rumah, lepas air surut nanti baru boleh tengok apa lagi yang rosak,” katanya.

Terdahulu, tinjauan Bernama pada pukul 5 pagi tadi mendapati air laut yang melepasi ban pecah berkenaan sangat deras dan mula melimpah ke kawasan rumah berdekatan dengan cepat, menyebabkan lebih 30 rumah di kampung berkenaan dinaiki air kira-kira 0.6 meter. – Bernama

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *