Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / 723,000 rumah mampu milik dibina di seluruh negara – Noh Omar

723,000 rumah mampu milik dibina di seluruh negara – Noh Omar

Boh Omar REHDA

Sebanyak 723,000 unit rumah mampu milik sedang dibina di seluruh negara di bawah pelbagai inisiatif kerajaan Persekutuan, yang diyakini mampu mencapai sasaran satu juta unit menjelang 2018.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, jumlah itu mewakili 70 peratus daripada keseluruhan satu juta unit rumah yang dijanji disediakan sebelum 2018 oleh kerajaan Barisan Nasional dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2013.

Beliau berkata, rumah-rumah berkenaan disediakan kerajaan melalui projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia(PPA1M), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selain kerajaan negeri.

“Kita dah agih dengan PR1MA 500,000 unit, SPNB 100,000 unit, PPA1M 100,000 unit, KPKT 60,000 unit dan kerajaan negeri 120,000 unit.

“Bagi kementerian, daripada kuota 60,000 unit itu, sekarang tinggal 6,800 unit lagi. Berdasarkan laporan, PPA1M pun sudah capai kuota, SPNB pun hampir mencapai kuota manakala PR1MA sudah hampir 50 peratus (capai kuota),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan definisi Majlis Perumahan Negara, rumah mampu milik adalah yang berharga RM300,000 dan ke bawah seunit.

Dalam pada itu, Noh berharap satu mekanisme baharu dapat diwujudkan institusi kewangan dalam mengatasi masalah pembiayaan akhir bagi pinjaman perumahan, yang menyebabkan banyak rumah mampu milik tidak terjual.

“Saya cadangkan REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) dan bank berbincang untuk memperkenalkan skim-skim bagi mengatasi masalah pembiayaan akhir,” katanya.

Menurutnya, laporan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menunjukkan kira-kira 11,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara sudah siap tetapi tidak terjual.

Mengulas lanjut mengenai projek pembangunan 10,000 unit pangsapuri untuk disewakan di kawasan bandar, Noh berkata sebanyak 8,000 unit projek itu, yang dikenali sebagai Projek Pangsapuri Studio Transit Belia, akan dibina mulai tahun depan.

“Ia akan disewakan kepada golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan pada kadar yang lebih murah berbanding harga pasaran tetapi mereka hanya dibenarkan menyewa unit itu sehingga lima tahun sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai pengambilalihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) negeri Selangor, Noh berkata rundingan dengan kerajaan negeri telah diadakan dan beliau yakin KPKT mampu mentransformasikan PPR di Selangor berikutan peruntukan dalam Bajet 2017.

“Ini khususnya PPR Lembah Subang 1…rumah pertama yang saya tengok agak ketinggalan jadi, kita kena transformasi dengan syarat kerajaan negeri serahkan kepada kita,” katanya.

– BERNAMA

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *