Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / 658 Penduduk Asal Terima Kunci 1Razak Mansion.

658 Penduduk Asal Terima Kunci 1Razak Mansion.

Pada 21 April 2014, Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan 1Razak Mansion di Sungai Besi.

Selepas hampir tiga tahun berlalu, hari ini Perdana Menteri hadir sekali lagi ke tempat yang sama tetapi untuk menyerahkan kunci kediaman 1Razak Mansion kepada 658 keluarga.

Perumahan ini dekat di hati Najib kerana bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pernah menjejakkan kaki di sini untuk merasmikan Kawasan Perumahan Awam Razak Mansion, kira-kira 47 tahun lalu.

Beruntungnya pemilik 1Razak Mansion di Jalan Sungai Besi Kuala Lumpur.

Kalau dulu duduk di flet satu dan dua bilik tetapi kini dapat kondo sederhana tiga bilik dan dua bilik air.

“Dibanding yang lama dengan yang baharu macam siang dengan malam. Dulu comot dan kelihatan seperti ‘setinggan bandar’, ‘eye-sore’.

“Saya gembira gambaran projek ini bukan seperti PPR (projek perumahan rakyat) tetapi gambaran sebuah kondo sederhana,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kunci kepada pemilik-pemilik 1Razak Mansion di Kuala Lumpur, Rabu.

Perdana Menteri berkata projek berkenaan amat dekat di hatinya dan menyimpan nilai sentimental kerana pada 26 April 1967 allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein pernah merasmikan flet asal.

Flet asal yang terletak di belakang kondo 1Razak Mansion dulunya hanya mempunyai unit-unit satu bilik dan dua bilik sahaja dengan keluasan 399 dan 504 kaki persegi.

Kondo 1Razak Mansion pula mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan 800 kaki persegi serta dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dewan, tadika, pejabat persatuan penduduk dan pondok polis

Keseluruhan pembangunan membabitkan sejumlah 658 unit rumah, 23 kedai, 110 lot pasar serta surau.

“Saya dimaklumkan bahawa nilai pasaran terkini bagi satu unit perumahan 1Razak Mansion telah meningkat tidak kurang daripada RM350 ribu berbanding harga dahulu di sekitar RM60 ribu sahaja,” katanya.

Perdana Menteri juga menyuarakan rasa gembiranya kerana projek ini siap lebih awal dari jangkaan.

“Projek ini siap sembilan bulan lebih awal dari jangkaan tiga tahun sepertimana tercatat dalam Perjanjian Jual Beli yang telah ditandangani pemilik pada 2014,” tambahnya.

Najib turut mengumumkan pemilik setiap unit 1Razak Mansion akan menikmati beberapa insentif istimewa, iaitu:

1. Setiap unit rumah mempunyai hak milik strata di bawah nama pemilik dengan pajakan 99 tahun berbanding dengan unit lama dengan baki pajakan 40 tahun.

2. 101 unit penyewa perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah ditawarkan pada harga jualan RM42 ribu seunit yang mana pada masa kini harga pasaran rumah berkenaan adalah RM350 ribu ke atas.

3. Kos pemindahan berjumlah RM3 ribu dibiayai oleh pemaju kepada 557 pemilik. Pemaju juga menanggung kos penyelenggaraan dan sinking fund selama dua tahun bermula tahun ini.

4. Mengikut perjanjian jual beli, kesemua penduduk diberi tempoh sebulan untul berpindah ke unit rumah baharu. Namun demikian, Perdana Menteri telah mengarahkan pemaju melanjutkan tempoh masa pindahan kepada dua bulan.

Najib turut memuji langkah pemaju, Impianika Development Sdn Bhd untuk membangunkan semula kawasan berkenaan melalui perkongsian Public Private Partnership (PPP).

Istimewanya, perumahan 1Razak Mansion berhampiran dengan stesen Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang akan dibina tidak lama lagi.

About Keruing Hitam

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *