Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / 33 KELUARGA NELAYAN MOHON PENGECUALIAN BAYARAN DENDA, CAGARAN TANAH

33 KELUARGA NELAYAN MOHON PENGECUALIAN BAYARAN DENDA, CAGARAN TANAH

KUALA SELANGOR – ‘Tak boleh nak tidur lena fikirkan mana nak cari duit bayar denda dengan cagaran tanah lebih RM10,000 ni,” demikian keluhan seorang nelayan di Kampung Baru Pasir Penambang, Baseri Adam.12122709_171223386591863_7276794407660013015_n

Baseri, 63, berkata, dia terkejut apabila menerima surat dengan dikenakan caj bayaran cukup tinggi selepas bayaran untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS) dibekukan sejak 2008.

“Memang orang kampung tahu bayaran LPS dibekukan selepas 2008 tapi bila dapat surat macam ni, mana pakcik tak terkejut…mana nak cari duit nak bayar semua tu sedangkan kerja nelayan saja.

“Pendapatan pun ikut nasib…kadang-kadang makan untuk anak bini pun tak cukup. Kalau kena bayar lebih RM10,000 tapi dapat tanah berbaloi juga tapi ni duduk sementara.

“Kalau boleh pakcik merayu kecualikanlah bayaran denda dan cagaran tanah tu sebab memang tak mampu nak bayar,” katanya yang juga antara 33 penduduk yang menerima surat pada 4 Januari lalu.

Seorang lagi penduduk, Abdul Rashid Mat Don, 77, turut merayu kepada kerajaan negeri supaya dapat mempertimbangkan permohonan pengecualian bayaran yang cukup membebankan penduduk.

“Nak duduk mana tua-tua ni. Dahlah tiada tanah lain nak pindah. Kami memang tak mampu nak cari duit bayar denda RM200 ikut tahun tinggal sini. Harap sangat wakil rakyat dapat bantu kami selesaikan masalah ni,” katanya sebak.

Seorang lagi nelayan, Arshad Atan, 52, yang masih menanggung lima anaknya yang masih bersekolah cukup terkesan apabila dikenakan bayaran bagi tanah yang didiami sekarang ini.

“Sebelum ni, kami kena bayar paling mahal pun RM120 setahun, tapi bila bayaran LPS dibekukan lepas kerajaan bertukar, kami memang tak senang duduk. Lagi-lagi bila dapat surat kena bayar denda tinggi.

“Kebanyakan orang kampung dah duduk sini lama…ada yang lebih 40 tahun. Kalau tempat lain ada bagi hak milik sebab duduk lebih 10 tahun tapi kenapa kami tak dapat?

“Lagi kena bayar denda adalah…kami semua nelayan memang tak mampu nak bayar banyak sebab kerja pun tak menentu. Nasib baik ada elaun sara hidup, boleh bantu sikit-sikit,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak menyifatkan, kadar bayaran denda tidak wajar dikenakan kepada penduduk memandangkan sebelum ini iaitu sebelum 2008, mereka membayar LPS setiap tahun.

“Kenapa perlu dikenakan bayaran denda ikut tempoh mereka mendiami tanah sedangkan mereka pernah bayar LPS sebelum ini sehingga 2008 sebelum dibekukan kerajaan negeri.

“Rata-rata penduduk bukannya orang senang, hidup bergantung hasil kerja nelayan. Kalau boleh, kecualikan bayaran denda dan cagaran sebab mereka tak mampu nak bayar semua tu.

“Lagi bagus kedua bayaran itu dimansuhkan. Saya turut bersimpati dengan penduduk sebab difahamkan tempoh pembayaran hanya diberi tiga bulan saja.

“Kalau betul kerajaan negeri adil, pendekatan sama kena buat di semua perkampungan nelayan di bagan dan kampung baru seluruh negeri,” katanya.

Bagaimanapun, Sulaiman berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mempertimbangkan semula permohonan berkelompok penduduk bagi tujuan kediaman sementara di kampung itu.

“Bukan niat nak sensasikan isu ini, tapi saya mahu kebajikan penduduk diberikan perhatian sewajarnya kerana difahamkan, dasar kerajaan negeri memberi hak milik tanah kepada penduduk yang mendiami tanah kerajaan lebih 15 tahun.

“Lagipun mereka ini tiada tempat lain nak pergi. Kalaulah kerajaan negeri dapat bantu beri hak milik tanah, saya akan usahakan pelan pembangunan tersusun dengan kementerian berkaitan.

“Lagipun prasarana jalan, kemudahan api air sudah lengkap ditambah dengan kemudahan jeti yang dibina untuk nelayan. Jadi, berilah perhatian untuk penduduk ini,” katanya. Sinar Harian

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *