A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / 3,000 tan makanan dibuang setiap hari di Malaysia

3,000 tan makanan dibuang setiap hari di Malaysia

IMG_20160310_230704

“Kira-kira 3,000 tan makanan dibuang dalam sehari di Malaysia merupakan pembaziran yang boleh dielakkan,” kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Datuk Dr Sharif Haron.

Merujuk kepada statistik pengendali sisa pepejal dan pembersihan awam SW Corporation itu, beliau berkata makanan yang dibuang itu termasuk yang belum disentuh dan masih boleh dimakan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan telah mengerakkan inisiatif Save Food Malaysia (MYSaveFood) pada tahun lepas sebagai usaha untuk mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan di negara ini.

MySaveFood diwujudkan berdasarkan SaveFood Campaign, satu inisiatif global yang diperkenalkan oleh Messe Duseeldorf Group di Berlin, Jerman pada 2011, dengan kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), katanya.

Sharif berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Serantau Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa Bersatu Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut melancarkan kempen ‘MYSaveFood’.

Sharif berkata FAO menganggarkan satu pertiga makanan yang dihasilkan atau 1.3 bilion metrik tan yang bernilai RM4.4 trilion di dunia hilang atau dibazirkan.

“FAO memandang serius terhadap kehilangan dan pembaziran makanan yang berlaku di seluruh dunia dan mula menggerakkan inisiatif SaveFood ke negara Asia Pasifik termasuk Malaysia,” katanya.

Sebanyak 350 institusi dan organisasi serta lebih 50 buah negara telah menyertai SaveFood sejak 2011.

Sharif berkata, Mardi dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani menjadi koordinator bagi inisiatif MYSaveFood di Malaysia bagi menjalankan kempen meningkatkan kesedaran mengurangkan kehilangan dan pembaziran makanan.

“Juga menubuhkan jaringan MYSaveFood untuk membentuk jaringan kerjasama dengan sektor swasta, badan bukan kerajaan, persatuan pengguna dengan sokongan padu daripada kementerian dan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

About RJ

Check Also

KPKT Bantu Baik Pulih Flat Yang ‘Dilupakan’ Kerajaan Selangor

Baru sahaja pulang ke tanahair selepas mengerjakan haji semalam, Tan Sri Noh Omar hari ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *