A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / AMANAH bakal ‘anak emas’ DAP ganti PKR selepas tolak PAS

AMANAH bakal ‘anak emas’ DAP ganti PKR selepas tolak PAS

Percaturan sulung Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan diberikan 13 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 jelas membuktikan parti itu lebih bermakna berbanding PAS ketika bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.
Ini kerana PAS hanya bertanding lima kerusi pada PRN Sarawak ke 10 pada 2011.

dap dlm amanahBagaimanapun, AMANAH yang berada di dalam Pakatan Harapan bukan sahaja diberikan 13 kerusi namun tidak diganggu oleh DAP dan PKR sedangkan kedua-kedua parti itu berentap sesama sendiri di enam kerusi setelah gagal menyelesaikan isu pengagihan kerusi.

Pada PRN ke11, PAS dan AMANAH akan bertembung di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Samariang, Kakus, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro,

Selain enam kerusi itu, PAS turut bertanding kerusi DUN Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

AMANAH pula bersaing di kerusi DUN Demak Laut, Gedong, Kuala Rajang, Semop, Daro, Jemoreng dan Balingian.
Maka timbul persoalan, adakah AMANAH kini menjadi ‘anak emas’ kepada DAP dan PKR yang sedang mencari pengganti yang diwakili orang Melayu selepas PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Walaupun, banyak pihak menyifatkan PAS dan AMANAH tidak relevan dalam senario politik Sarawak tetapi melihat kepada keistimewaan yang diberikan kepada parti serpihan PAS itu, AMANAH mampu melakukan kejutan di Bumi Kenyalang itu.

Sebarang pencapaian oleh AMANAH tentu akan menjadi kayu pengukur kepada DAP dan PKR bagi mengukuhkan ikatan pembangkang menjelang  pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Sepintas lalu, AMANAH tentu sukar untuk memenang walaupun satu kerusi berikutan tahap fahaman ideologi yang dibawa oleh mereka masih rendah.
Namun, berdasarkan pengaruh DAP yang lebih kuat berbanding PKR di Sarawak, DAP tentu mahu penyokong-penyokong mereka mengundi AMANAH.

DAP tentu berharap AMANAH berjaya di Sarawak selepas kegagalan PAS menawan hati pengundi di Bumi Kenyalang itu.

Sekiranya, AMANAH boleh menang satu atau dua kerusi pun, ianya sudah cukup member kepercayaan kepada DAP bagi memilih parti itu sebagai sekutu rapat mereka untuk menarik pengundi Melayu di Semenanjung kelak.

Siapa tahu, DAP akan menolak PKR daripada Pakatan Harapan kerana parti itu membelakangkan persetujuan pembahagian kerusi sehingga  berlaku pertindihan yang menyebabkan kedua-dua parti bertembung sesama sendiri.

Jadi jika AMANAH dapat membuktikan parti itu boleh diterima di Sarawak, sudah tentu DAP percaya AMANAH akan lebih berjaya di Semenanjung termasuk mengenepikan PKR dan PAS pada PRU ke 14.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *