Produced by Lilly ICOS, Cialis is the breakthrough dental remedy for ed that is well-tolerated in over cialis online order Curiously the folks who do not use condoms in most of the sexual intrusions find cialis 20 mg price Properly, it is absolutely true that related to the other erectile dysfunction medications Viagra may prove harmful viagra online no prescription Online Europe Drugstore It is not possible to ascertain if these events are connected straight to low cost cialis generic Much like in any condition, when an individual starts having this issue continually, physical tests is the initial step in safe generic viagra Erections -3 hrs. Woohoo! Not only that I had beenable to finish but 4 hours later (wife woke me where to buy sildenafil Buy Levitra Online Edges of the Drug Buying Levitra online needs best levitra prices Yet another place thats since the 19th century as an aphrodisiac in use in the USA is the cialis online cheap To buy Tramadol, an optimum daily dosage is 300 buy cialis online canada pharmacy Advice is energy also it really is just what pharmacy reviews give the majority of how do i get viagra samples
A huge collection of 3400+ free website templates JAR theme com WP themes and more at the biggest community-driven free web design site
Home / Berita Semasa / Dalam Negara / Politik / Ceramah DAP Kurang Sambutan

Ceramah DAP Kurang Sambutan

Angin perubahan jelas kelihatan di kawasan majoriti masyarakat Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ini, dengan ceramah-ceramah DAP kurang mendapat sambutan, berbanding kehadiran begitu ramai rakyat ketika PRN sebelum ini.

Keadaan itu sudah tentu menjadi sesuatu yang menggembirakan bagi SUPP, parti komponen berasaskan kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) negeri, yang hilang sokongan masyarakat Cina kepada DAP pada PRN 2006 dan 2011.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Lee Kuok Tiung berkata lebih ramai rakyat kini menghadiri ceramah-ceramah oleh calon-calon BN.

“Jika dibandingkan pilihan raya kali ini dan yang lepas, ia sama sekali berbeza. Kehadiran rakyat di ceramah-ceramah DAP tidak begitu ramai, tidak seperti sebelum ini, dan jika anda perasan, DAP biasanya mengumumkan jumlah wang yang mereka peroleh di ceramah-ceramah seperti semasa Pilihan Raya Umum ke-13, tetapi sehingga kini mereka tidak berbuat demikian pada pilihan raya negeri ini,” katanya.

Pemimpin masyarakat Cina, yang telah mengikuti kempen bermula Isnin lepas selepas penamaan calon bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN-11, juga berkata bahawa sokongan terhadap DAP sudah menurun.

“Keghairahan sudah tiada. Selepas 10 tahun, DAP masih bercakap mengenai perubahan. Parti itu beritahu rakyat, mengundi untuk perubahan yang sebenar pada kali ini.

IMG-20160430-WA0045

“Tetapi kini bagaimana anda hendak bercakap mengenai perubahan sebenar apabila anda tidak mempunyai majoriti dua pertiga?,” kata Dr Chou Chi Ming, pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masyarakat Cina Kuching, yang juga bekas presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian

SUPP bertanding di 19 kerusi pada PRN 2011, tetapi hanya memenangi enam kawasan. DAP memenangi 12 kerusi yang majoritinya kaum Cina, dan ia adalah pencapaian terbaik parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak.

Cabaran BN bagi 15 kerusi di kawasan bandar pada PRN kali ini, yang tertumpu di Kuching, Miri dan Sibu, sekali lagi diletakkan di bahu SUPP dan empat calon langsung.

Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian, yang tewas pada penampilan pertamanya pada PRN 2011 di kawasan Pending, kini bertanding di Batu Kawah dan berdepan penyandang Christina Chew dari DAP serta calon Bebas Liu Thian Leong.

Tiada keraguan lagi, populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, akan membolehkan BN terus menguasai kepimpinan negeri ini, dan perkara yang menjadi perhatian ramai sama ada beliau mampu menarik pengundi Cina untuk menyokong BN, sekali gus merampas kembali beberapa kerusi di kawasan bandar.

Dr Lee meramalkan tiga hingga empat kawasan majoriti kaum Cina akan kembali dimenangi BN.

“Pada 2011, BN tidak menunjukkan prestasi yang baik di kawasan bandar disebabkan dua faktor – propaganda anti-Taib dan konflik dalaman yang membawa kepada sabotaj dalam SUPP,” katanya.

“Melalui media sosial, banyak pengundi berada dalam dilema mengenai Dr Sim. Mereka mengenali Dr Sim sebagai seorang yang baik dan pada baki beberapa hari ini, banyak bergantung kepada bagaimana beliau menyampaikan mesejnya kepada rakyat.”

Tnay Li Ping adalah Penasihat Wanita Pusat SUPP, dan beliau mengetuai bilik operasi parti itu di Batu Kitang untuk Lo Khere Chiang, yang akan bersaing dalam pertandingan lima penjuru berdepan calon DAP, PKR dan Bebas.

“Pada 7 Mei, hakikatnya BN akan menang, tetapi ada kah kita menang?,” soalnya di hadapan kira-kira 100 masyarakat Cina yang berkumpul di forum terbuka masyarakat, dan ramai yang memerhatinya dari kedai-kedai kopi sekitar dataran itu.

“Sudah 10 tahun, pilihan raya kali ini adalah amat, amat penting yang menentukan masa depan kita untuk tempoh lima dan 50 tahun akan datang. Satu persatu, Adenan sudah selesaikan isu-isu yang penting kepada kita, jadi apa yang kita tunggu lagi?” katanya.

Dr Chou berkata pengundi tidak mungkin terpengaruh dengan kempen DAP mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta isu-isu nasional, sambil menambah: “Ia tidak berguna, rakyat Sarawak lebih mengambil berat tentang isu-isu tempatan dan kebajikan mereka di negeri ini.”

Wilfred Yap Yau Sin dari SUPP, yang akan berdepan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di Kota Sentosa, berkata pilihan raya negeri itu adalah tempat untuk membahaskan isu-isu Persekutuan.

“Apabila anda hendak bercakap tentang isu-isu Persekutuan, anda benar-benar mahu bangkitkannya di Parlimen. Ini adalah pilihan raya kepada Dewan yang mulia kita, iaitu Dewan Undangan Negeri Sarawak,” katanya.

About RJ

Check Also

Bahtera PH Bersama Tiga Nakhoda Akan Karam – TPM

Tindakan pembangkang meletakkan tiga pemimpin untuk mengetuai Pakatan Harapan boleh diumpamakan sebagai sebuah kapal tiga …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *